1. Mengamalkan semangat kerja berpasukan melibatkan kakitangan KKPS secara langsung dalam aktiviti EKSA seperti gotong-royong, pertandingan dan lawatan sepanjang tahun.
  2. Mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja yang sentiasa bersih dari sampah, habuk, minyak dan kotoran serta bau dengan memastikan amalan sapu dilaksanakan seperti berikut :
    1. Semua staf membersihkan tempat kerja sendiri setiap hari, sebelum dan selepas kerja.
    2. Ahli kumpulan bergotong-royong dalam aktiviti pembersihan tempat kerja mereka sekali dalam setiap bulan.
    3. Staf bergotong-royong bagi melaksanakan pembersihan setiap enam bulan sekali.
  1. Pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan, kemudahan dan persekitaran di pejabat, fasiliti serta peralatan yang disediakan.