Bengkel Pembangunan dan Kesahan JSU PB dan PA Program Sijil Pengendalian Acara Semester 2026/2027

Tarikh: 21-22 Julai 2026
Masa: 8.00 pagi -5.00 petang
Tempat:
Kolej Komuniti Pasir Salak

Objektif:

  1. Meningkatkan kefahaman pensyarah mengenai pembangunan dan kesahan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) selaras dengan hasil pembelajaran program.
  2. Memastikan penyeragaman pelaksanaan pentaksiran berterusan dan peperiksaan akhir mengikut standard penilaian akademik.
  3. Memperkasa kemahiran pensyarah dalam membangunkan instrumen pentaksiran yang sah, telus dan berkualiti.

Penglibatan: Pensyarah Sijil Pengendalian Acara